MAKLUMAT UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING

1.0    PENGENALAN UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING

Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling diwujudkan dalam Perkhidmatan Awam adalah bertujuan menjamin kesihatan fizikal dan mental pegawai perkhidmatan awam dalam keadaan yang optimum bagi menghasilkan produktiviti yang tinggi seterusnya dapat memajukan negara. Transformasi perkhidmatan ini telah diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat melalui pelbagai agensi kerajaan termasuklah IPGM, KPM.

2.0    FUNGSI UNIT

Unit Psikologi dan kaunseling (UPsK) berperanan dalam memenuhi aspirasi merealisasikan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2005 : Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Pelaksanaannya merujuk kepada aktiviti psikologi dan kaunseling yang meliputi aspek penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi dengan penekanan berikut :

2.1       Merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi empat (4) aspek:

2.1.1    Pertumbuhan dan perkembangan

2.1.2    Pencegahan

2.1.3    Intervensi

2.1.4    Pemulihan

2.2       Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok.

2.3       Mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya.

2.4       Menjadi perantara sebelum merujuk klien kepada pihak psikiatri.

2.5       Menyimpan semua fail/rekod/ sesi kaunseling untuk tujuan tindakan susulan (follow-up) dan statistik.

2.6       Membantu menjalankan ujian / inventori psikologi, analisis dan kaji selidik.

2.7       Mengadakan aktiviti kaunseling selaras dengan aktiviti unit.

2.8       Mengambil maklumat dan data-data anggota yang bermasalah.

2.9       Bertanggungjawab melaporkan aktiviti kaunseling sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali kepada Bahagian Psikologi  dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.10     Mengkaji / merancang cadangan tatatindak penubuhan bahagian kaunseling di Kementerian / Jabatan.